Sukan terdiri daripada
aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan,
keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya. Perbezaan
tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu. Misalnya, berenang secara
bersaingan di hadapan ribuan penonton akan dikira sebagai sukan tetapi berenang
bersendirian di kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi.
Terdapat pelbagai jenis
sukan, dan kebanyakannya mengorbankan masa, wang, dan keinginan manusia sama
ada sebagai peserta atau pun sebagai penonton.
Pendekatan pragmatik dalam mendefinisikan sukan ialah dengan
melihat kegunaan umum istilah tersebut.
Sukan ialah aktiviti yang mengandungi:
§ Latihan kemahiran berguna secara rekreasi.
§ Peraturan-peraturan tertentu dalam mengejar
kecemerlangan.
Kecemerlangan yang dimaksudkan ialah kemampuan
untuk mengatasi tanda ukuran (benchmarks) terdahulu, catatan masa, rekod
dunia, dan sebagainya.
Contoh-contoh kemahiran yang bertukar kepada
sukan ialah:
§ Gladiator di Rom berjuang
dan berbunuhan untuk penonton dan bukannya untuk melindungi empayar Rom.
§ Berlayar menjadi salah satu sukan air dan bukannya
sebagai pengangkutan dan sebagainya.
§ Berlari dilakukan untuk panjang dan tempoh masa
tertentu, dan bukannya untuk aktiviti-aktiviti seperti mengejar bas dan
sebagainya
Sukan fizikal menggunakan sifat sifat seperti kekuatan,
stamina, kelajuan, dan beberapa kemahiran lain manakala sukan-sukan lain
contohnya iaitu sukan akal menggunakan kemahiran
berfikir seperti pemikiran strategik dalam catur. Walaubagaimanapun,
rencana ini akan menumpukan perhatian kepada aspek fizikal sesuatu sukan.
Perbezaan antara sukan, permainan, dan latihan.
Aktiviti itu dikira sukan jika melibatkan peserta yang berkemahiran. Permainan pula
tidak mempunyai tujuan yang jelas tetapi boleh berubah kepada sukan. Latihan
pula ialah aktiviti yang bertujuan membina kemahiran dan kemampuan seseorang
dalam aktiviti sukan.
No comments:
Post a Comment