Thursday, January 19, 2012

Jadual Euro 2012. Kumpulan B Jadi “Kumpulan Maut”


jadual euro 2012 5 Jadual Euro 2012. Kumpulan B Jadi Kumpulan Maut. Mana Satu Pasukan Pilihan Anda?
Jadual Euro 2012 telah pun keluar. Sudah ada cakap-cakap yang meramalkan pasukan ini akan terkeluar, pasukan itu akan pergi ke pusingan seterusnya dan ada pula yang dah boleh meramalkan pasukan tersebut akan menjadi jura. Hebat….
Sekali pandangan semacam Kumpulan C adalah kumpulan maut, tetapi apabila melihatkan kelibat pasukan-pasukan gergasi bola sepak Eropah seperti Netherlands, Denmark, Germany & Portugal dihimpunkan dalam satu kumpulan, maka hampir kebanyakan pemerhati bola sepak merasakan setiap pasukan dalam kumpulan B akan melalui tempoh yang sukar di peringkat kumpulan sehingga berjaya menentukan siapa yang layak ke peringkat seterusnya.
jadual euro 2012 4 Jadual Euro 2012. Kumpulan B Jadi Kumpulan Maut. Mana Satu Pasukan Pilihan Anda?
Berdasarkan kepada pencapaian kesemua pasukan dalam kumpulan maut (kumpulan B ) semasa Piala Dunia 2010 & kelayakan Euro 20120 yang lalu, kami jangka Netherlands dan juga Germany yang akan mara akan ke pusingan seterusnya. Jangkaan kami sahaja. Mungkin betul, mungkin tidak. Tetapi, tetapi jangan kita lupa kelibat pasukan Portugal ini. Apapun kumpulan B paling menarik setakat ini.
jadual euro 2012 2 Jadual Euro 2012. Kumpulan B Jadi Kumpulan Maut. Mana Satu Pasukan Pilihan Anda?
Tetapi itulah kalau dah sampai ke kejohanan bola sepak terbesar di Eropah ini, tak semua peminat bola sepak boleh jadi “ahli nujum”. Adakala kita jangka pasukan-pasukan ini yang akan mara, tetapi yang berlaku adalah sebaliknya.
  • Group A: Poland, Greece, Russia, Czech Republic
  • Group B: Netherlands, Denmark, Germany, Portugal
  • Group C: Spain, Italy, Ireland, Croatia
  • Group D: Ukraine, Sweden, France, England
jadual euro 2012 8 Jadual Euro 2012. Kumpulan B Jadi Kumpulan Maut. Mana Satu Pasukan Pilihan Anda? Kalau tadi, kumpulan B dianggap kumpulan maut (group of death) tetapi bagi kumpulan C pula kami gelarkan sebagai (group of DEBT).Walaupun ekonomi negara mereka sedang dilanda musibah, tetapi itu semua tidak melemahkan semangat pasukan bola sepak mereka. Manakala, bola rasmi Euro 2012 adalah tango 12 merupakan bola rasm daripada Adidas yang ke 11. Direka oleh  lagenda olimpik Ukraine, Serhiy Bubka

Sumber: Berita Semasa

Monday, January 16, 2012

SUKAN DI MALAYSIA




Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya. Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu. Misalnya, berenang secara bersaingan di hadapan ribuan penonton akan dikira sebagai sukan tetapi berenang bersendirian di kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi.

Terdapat pelbagai jenis sukan, dan kebanyakannya mengorbankan masa, wang, dan keinginan manusia sama ada sebagai peserta atau pun sebagai penonton.


Sukan ialah salah satu aktiviti riadah. Sebahagian besar kegiatan lapang, surat khabar, dan televisyen diberikan kepada sukan. sukan dapat juga menjadi sumber pendapatan.
Pendekatan pragmatik dalam mendefinisikan sukan ialah dengan melihat kegunaan umum istilah tersebut.
Sukan ialah aktiviti yang mengandungi:
§  Latihan kemahiran berguna secara rekreasi.
§  Peraturan-peraturan tertentu dalam mengejar kecemerlangan.
Kecemerlangan yang dimaksudkan ialah kemampuan untuk mengatasi tanda ukuran (benchmarks) terdahulu, catatan masa, rekod dunia, dan sebagainya.
Contoh-contoh kemahiran yang bertukar kepada sukan ialah:
§  Gladiator di Rom berjuang dan berbunuhan untuk penonton dan bukannya untuk melindungi empayar Rom.
§  Berlayar menjadi salah satu sukan air dan bukannya sebagai pengangkutan dan sebagainya.
§  Berlari dilakukan untuk panjang dan tempoh masa tertentu, dan bukannya untuk aktiviti-aktiviti seperti mengejar bas dan sebagainya
Sukan fizikal menggunakan sifat sifat seperti kekuatan, stamina, kelajuan, dan beberapa kemahiran lain manakala sukan-sukan lain contohnya iaitu sukan akal menggunakan kemahiran berfikir seperti pemikiran strategik dalam catur. Walaubagaimanapun, rencana ini akan menumpukan perhatian kepada aspek fizikal sesuatu sukan.
Perbezaan antara sukan, permainan, dan latihan. Aktiviti itu dikira sukan jika melibatkan peserta yang berkemahiran. Permainan pula tidak mempunyai tujuan yang jelas tetapi boleh berubah kepada sukan. Latihan pula ialah aktiviti yang bertujuan membina kemahiran dan kemampuan seseorang dalam aktiviti sukan.